Skip to main content
RESEPI CHICKEN CHOP MUDAH
RESEPI CHICKEN CHOP
BAHAN- BAHAN- 1 ekor ayam ( di belah 4 dan �debone�kan ayam � dapat 4 keping )
- 1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk)
- 1 sudu besar jus halia ( 1 inci halia di tumbuk dan perah jusnya kedalam ayam)
- 1 sudu kecil serbuk ayam ( granulled chicken stock)
Cara Penyediaan- 1. Satukan semua bahan hingga rata. Kemudian peraplah ayam dalam petisejuk selam beberapa jam. Seelok-eloknya semalaman.
- 2. Semasa hendak membakar gaulkan dengan sedikit minyak masak dan bolehlah di bakar di atas periuk non stick. Balik-balikkan ayam hingga masak dan bolehlah di angkat. Saya guna pembakar elektrik je lebih mudah!
Untuk Sos Perang ( brown sause ) @ Sos lada hitam- 1 labu bawang besar ( potong dadu)
- 2 sudu besar tepung gandum ( ayak dulu takut macam-macam ada dalam tepung)
- 1 liter air ( lebih kurang dalam 1 jag kecil )
- 1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sikit warna sos )
- 1 sudu makan sos tomato atau sos chili
- 1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk halus)
- 1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu.
Cara membuatnya- 1. Panaskan mentega dalam periuk kemudian tumis bawang besar hingga layu.
- 2. Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi.
- 3. Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau atas api hingga pekat. Boleh di angkat dan dihidangkan.
Comments
Post a Comment