PENYEDIAAN :
Ikan talang kering atau apa-apa ikan kering dipotong terlebih dahulu jika terlalu besar,rendam air sekejap untuk mengurangkan rasa masin,cuci bersih dan toskan...
.
CARA - CARA MEMBUATNYA :
*Masukkan minyak kedalam kuali,lebihkan sedikit kerana untuk mengoreng ikan kering dalam minyak yang sama...
*Ketuk bawang putih 4 atau 5 ulas kemudian tumis.
*Setelah kekuningan masukkan ikan kering yang ditoskan tadi...kacau-kacau sekejap dan setelah ikan hampir masak.
*Masukkan air asam jawa yang diperah...dan tambahkan air jika perlu kuah yang lebih,*
*masukkan garam jika perlu sahaja kerana ikan kering dah masin,sedikit gula dan bahan perasa..
*Biarkan kuah asam mendidih dan kering sedikit,kemudian masukkan bawang besar yang dipotong,cili padi dan cili besar...kacau-kacau lagi sekejap,setelah cukup rasa bolehlah tutup api siap!!
.
Hidangkan bersama-sama nasi panas???? Selamat mencuba! ??
.Kredit resepi : Mazitah Ahmad Nur Solehah
Comments
Post a Comment